Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

'Bazar Peduli Rakyat' bantu berjimat, harga ditawarkan lebih rendah - Exco


Tarikh kemaskini: 23/05/2019




SEREMBAN, 23 Mei (Bernama) -- Program Bazar Peduli Rakyat (BPR) yang menawarkan harga lima hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran akan dapat membantu rakyat di negeri ini untuk berbelanja dengan kos yang menjimatkan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri Mohamad Taufek Abd Ghani berkata selain itu, pengguna juga mempunyai lebih banyak pilihan untuk mendapatkan barangan keperluan harian.

“Inisiatif ini digerakkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Ia sebagai usaha membantu rakyat menangani kesan akibat daripada peningkatan kos sara hidup.

"Pengguna juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan bekalan keperluan harian khususnya bahan makanan pada harga lebih rendah selain membantu rakyat dalam menghadapi persiapan Aidilfitri terutama golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Ia juga secara tidak langsung memberi peluang kepada usahawan untuk memasarkan hasil keluaran mereka secara terus kepada pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program My Best Buy@Bazar Peduli Rakyat, Dewan Undangan Negeri Paroi 2019 di sini, hari ini.

Mohamad Taufek yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi turut mencadangkan supaya bazar berkenaan diadakan sebulan sekali di lokasi yang sama memandangkan ia menerima sambutan yang menggalakkan oleh penduduk setempat.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada 70 asnaf dari kawasan sekitar. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

UniSZA muncul universiti rujukan manuskrip digital pertama di Malaysia

 
     

Masalah kemiskinan di Kelantan masih serius

 
     

Sarawak alu-alukan siasatan SPRM - Abdul Karim

 
     

Tambak laut: Anwar akan bertemu Ketua Menteri untuk bincang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel