Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP Negeri Sembilan rampas tiga lori tangki LPG


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





PORT DICKSON, 23 Mei (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan merampas tiga buah lori tangki yang mengandungi barang kawalan bersubsidi gas petroleum cecair (LPG) dalam satu serbuan ke atas sebuah premis di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri Johary Yacob berkata dalam serbuan pada 7.15 malam itu, pemeriksaan lanjut mendapati premis tersebut melakukan kesalahan di bawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memindah barang kawalan berjadual iaitu gas ditempat yang bukan dilesenkan atau tanpa kebenaran pengawal.

“Selain itu, barang-barang yang turut disita seperti sembilan unit salinan asal pesanan penghantaran dan  tiga buah lori tangki mengandungi gas LPG yang berkapasiti 20,000 kilogram dengan nilai kesemua rampasan adalah sebanyak RM411,200.

“Kita akan teruskan siasatan dalam kadar segera bagi memastikan orang yang bertanggungjawab akan di dakwa di mahkamah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengenai Modus Operandi (MO), Johary berkata beliau percaya ia dijalankan dengan mengambil gas dari depo yang dilesenkan.

“Ia kemudian singgah di premis berkenaan bagi mengeluarkan satu tan gas untuk disimpan. Kalau sudah cukup, lori (bullet) akan dibawa keluar untuk dijual ke pasaran-pasaran yang telah dikenal pasti sekali gus memberi keuntungan amat tinggi kepada mereka," katanya.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu manakala bagi pertubuhan atau perbadanan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2 juta.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     

Pandangan berbeza cadangan gantian hukuman mati mandatori

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel