Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SHMMP di Sandakan kawal 13 barangan untuk Kaamatan, 20 untuk Aidilfitri


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





SANDAKAN, 23 Mei (Bernama) -- Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena sambutan Pesta Kaamatan minggu hadapan membabitkan 13 barangan, manakala harga 20 barangan dikawal bagi sambutan Aidilfitri awal bulan depan.

Menurut Ketua Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sandakan Mohamad Hashim, pelaksanaan SHMMP bagi barangan kawalan sempena Pesta Kaamatan bermula hari ini hingga 5 Jun, manakala Aidilfitri bermula Selasa lepas hingga 19 Jun.

"Setakat ini, peniaga mematuhi harga barangan berdasarkan SHMMP, namun pihak KPDNHEP Sandakan sentiasa membuat pemantauan di seluruh daerah.

"Selain mempertingkatkan pemeriksaan di premis perniagaan, KPDNHEP mengalu-alukan kerjasama masyarakat pengguna untuk menyalurkan aduan ke talian 089-668107 jika terdapat peniaga yang menaikkan harga barangan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran SHMMP Musim Perayaan Pesta Kaamatan dan Aidilfitri 2019 peringkat daerah di sini hari ini.

Pelancaran skim itu disempurnakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong.

Chong mengingatkan peniaga supaya mematuhi senarai harga barangan yang ditetapkan di bawah SHMMP itu bagi manfaat rakyat dan juga peniaga.

"Harga yang ditawarkan di bawah skim ini amat menarik dan membolehkan rakyat merancang perbelanjaan bagi manyambut Pesta Kaamatan atau Aidilfitri dengan gembira," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel