Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Syarikat Dnars perlu jadi contoh jaga kebajikan pekerja - Perkeso


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





TUMPAT, 23 Mei (Bernama) -- Syarikat Rohban Trade Sdn Bhd milik pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad mematuhi akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP 1969) dan perlu dijadikan contoh oleh syarikat lain dalam menjaga kebajikan pekerja mereka.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan, Nora Yaccob berkata syarikat milik arwah itu  membayar caruman kepada pihaknya dengan begitu baik dan teratur malah Faziani Rohban selaku pemiliki syarikat turut membuat caruman tanpa pengecualian.

"Keprihatinan arwah dalam membuat caruman kepada para pekerjanya dan mencarum untuk dirinya sendiri langkah yang terpuji iaitu sebagai majikan dan usahawan, turut membuat caruman dengan kami.

"Tindakan itu jelas membuktikan arwah merupakan majikan yang amat prihatin dan patuh kepada akta kami dan perlu menjadi contoh kepada majikan yang lain," katanya pada sidang media di kediaman arwah di sini, hari ini.

Faziani Rohban, 40, terkorban dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand  pada 18 Mei lalu.

Nora berkata semakan rekod, arwah Faziani Rohban merupakan pencarum setia dan memenuhi kelayakan untuk tuntutan Pencen Penakat sekali gus pihaknya (Perkeso) memproses tuntuntan itu tanpa kehadiran anggota keluarga arwah.

"Walaupun kami menyedari keluarga arwah adalah pemilik syarikat dan orang yang berkemampuan serta usahawan berjaya, sebagai pencarum Perkeso, ia tetap hak arwah untuk menerima Pencen Penakat Perkeso.

"Oleh itu suami arwah, Ahmad Shah Rizal Ibrahim akan menerima Pencen Penakat dari kami secara bulanan sebanyak RM2,212 sehingga akhir hayatnya manakala bagi syer pencen anak-anak arwah, sehingga anak-anak arwah berumur  21 tahun. 

Katanya pihaknya berbangga dengan keprihatinan dan kepatuhan arwah dalam membuat caruman dengan pihak kami.

"Status usahawan berjaya tidak sedikit pun menyebabkan arwah ingkar dalam membuat caruman dengan pihak kami," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel