oVPb_q0vyUs Kes Pembunuhan Siti Kharina: Reman lelaki Nigeria disambung hingga 30 Mei
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kes Pembunuhan Siti Kharina: Reman lelaki Nigeria disambung hingga 30 Mei


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





SEPANG, 23 Mei (Bernama) -- Tempoh tahanan reman seorang  lelaki warga Nigeria disambung tujuh hari hingga 30 Mei bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin.

Perintah reman  yang berkuat kuasa esok itu dikeluarkan oleh Majistret A. Akhiruddin@Boy Acho selepas mendengar permohonan daripada pihak polis di Mahkamah Majistret Sepang.

Perintah reman dikeluarkan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini warga Nigeria berusia 36 tahun itu direman seminggu bermula 17 Mei dan berakhir hari ini.

Siti Kharina, 40, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lepas dan misteri kehilangannya terungkai apabila mayatnya ditemui pemilik kondominium yang disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala pada 15 Mei.

Selain lelaki Nigeria berkenaan, turut ditahan susulan penemuan mayat Siti Kharina itu ialah seorang wanita warga Nigeria dan seorang lelaki warga Pakistan.

Semalam Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata berkata tempoh reman wanita Nigeria dan lelaki Pakistan disambung tujuh hari mulai hari ini hingga 29 Mei. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel