Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jangan jadikan kecuaian sendiri di jalan raya kesedihan orang lain


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





MELAKA, 23 Mei (Bernama) -- Pengguna jalan raya dinasihat agar mengutamakan keselamatan di jalan raya terutama ketika tiba musim perayaan seperti Aidilfitri yang bakal tiba bagi memastikan kecuaian mereka tidak mendatangkan kesedihan kepada orang lain.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata sikap itu antara lain dapat mengelakkan kejadian tidak diingini serta melindungi diri dan keluarga tersayang daripada terlibat dengan kemalangan, yang jelas tidak menguntungkan sesiapa.

"Jauhi sikap pentingkan diri ketika berada di atas jalan raya sehingga mengganggu konsentrasi pengguna yang lain dan sentiasa bertimbang rasa bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya.

"Jangan jadikan kecuaian pemanduan kita  sebagai punca kesedihan kepada orang lain," katanya kepada pemberita selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Pengagihan Bubur Lambuk JPJ Melaka di sini, malam tadi.

Muhammad Firdaus turut mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa peka dengan keadaan jalan bagi mengurangkan risiko berlaku kemalangan terutama kepada penunggang motosikal.

Ditanya tentang lokasi panas yang akan dipantau JPJ Melaka pada musim perayaan ini, beliau berkata pihaknya melihat seluruh negeri itu adalah lokasi panas bagi dilakukan pemantauan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel