Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Abdul Hadi belum terima maklumat lanjut berkaitan anggota unit amal ditahan polis


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





PASIR MAS, 23 Mei (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata berkata beliau masih belum menerima maklumat lanjut berhubung seorang anggota unit amal parti itu yang ditahan polis atas dakwaan  membakar kenderaan milik Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Hadi berkata beliau bagaimanapun akan menyerahkan isu berkenaan kepada pihak polis untuk disiasat dan dalam masa yang sama meminta mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi kerana boleh mengganggu siasatan.

"Saya tidak ada maklumat lagi mengenai isu itu. Mungkin selepas ini saya akan membacanya," katanya kepada pemberita selepas Ceramah Badar Kubro di Masjid Madrasah Nasrullah dekat Pohon Buloh di sini, Rabu malam.

Mohd Asri semalam memohon maaf susulan paparan dua gambar anggota jabatan amal PAS - bersama Presiden PAS Abdul Hadi Awang - yang mengiringi hantaran mengenai kes bakar keretanya pada 22 Mac lalu.

Hantaran itu kemdian dipadamkan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel