Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JBPM akan wujudkan balai bomba kategori E di Sabah, Sarawak


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





KOTA KINABALU, 22 Mei (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mewujudkan balai bomba kategori E khusus di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata balai bomba kategori E diwujudkan di kawasan yang terpencil seperti di kawasan pedalaman dan kawasan pulau yang sering kali berdepan musibah kebakaran.

“Langkah mewujudkan kategori baharu balai bomba itu merupakan usaha JBPM untuk mempercepatkan masa tindakan sekiranya berlaku sebarang kebakaran di kawasan berkenaan.

“Kita sedang mengenal pasti di mana kawasan yang perlu diwujudkan balai bomba berkenaan dan untuk Sabah kita telah mengenal pasti Pulau Banggi, Kudat kerana kawasan berkenaan sering berlaku kebakaran dan terletak jauh dari balai bomba Kudat,” katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat JBPM Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata balai bomba kategori E yang akan dibina di Pulau Banggi, Kudat itu dijangka siap pada tahun depan.

“Balai bomba kategori E akan menempatkan pegawai bomba bantuan, bomba sukarela serta memiliki pos sendiri. Selain itu, kita sedang meniliti untuk menaik taraf bomba sukarela di sesebuah kawasan yang berisiko kepada balai bomba kategori E,” katanya.

Zuraida berkata buat masa ini, Sabah mempunyai sebanyak 23 balai bomba dan ia tidak mencukupi berbanding keluasan negeri ini.

“Oleh itu kita akan meminta agar peruntukan membina lebih banyak balai bomba di Sabah dapat di masukan dalam Belanjawan 2020,” katanya.

Sementara itu, beliau menggalakkan agar lebih ramai golongan wanita menyertai bomba.

“Ketika ini anggota bomba wanita hanya kira-kira 200 orang daripada keseluruhan 14,000 anggota bomba di seluruh negara.

“Untuk mencapai sasaran ini, kita perlukan perancangan yang rapi untuk menarik penyertaan wanita dalam bomba," katanya.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel