Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPKT sasar setiap negeri mempunyai loji WTE menjelang akhir 2020


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





KOTA KINABALU, 22 Mei (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu loji 'waste to energy' (WTE)  atau loji sisa kepada tenaga menjelang akhir 2020.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata pada masa sama kementerian juga akan meningkatkan program kitar semula yang mampu menjana pendapatan.

"Program penebusan memang banyak, kita kutip plastik, kertas, minyak dan sisa makanan yang mampu memberikan pendapatan kepada orang awam kerana setiap sampah yang dikutip akan diberikan mata ganjaran yang ditukarkan kepada bahan makanan dapur atau wang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Infaq Perdana Ramadan anjuran gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Dasar Komuniti Negara di sini, malam ini.

Mengenai program Penggerak Dasar Komuniti Negara, Zuraida berkata NGO itu merupakan penggerak di peringkat akar umbi yang bertemu dengan komuniti untuk menyampaikan polisi-polisi kerajaan selain memperkasa golongan berpendapatan rendah (B40) dalam aspek ekonomi.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel