Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kes bunuh ketua jururawat: Reman dua suspek disambung


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Tempoh reman wanita Nigeria dan lelaki Pakistan yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Kamarudin, disambung selama seminggu sehingga 29 Mei ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata bagaimanapun permohonan untuk menyambung tempoh reman suspek lelaki warga Nigeria pula akan dibuat esok di Mahkamah Sepang. 

"Siasatan berhubung kes ini masih lagi dijalankan," katanya dalam satu kenyataan malam ini. 

Pada 15 Mei, Siti Kharina, 40, dijumpai dibunuh di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.

Berikutan itu, polis menahan tiga individu disyaki terlibat kes itu, iaitu dua lelaki masing-masing rakyat Nigeria dan Pakistan serta seorang wanita Nigeria dengan tempoh reman kesemua mereka akan berakhir hari ini.

Ketua Jururawat itu dilapor hilang 8 Mei lepas setelah kali terakhir dilihat di tempat letak kereta Hospital Serdang pada 4 petang hari yang sama. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Karnival Amal Merdeka Kuala Pilah 2019 pada 23-25 Ogos

 
     

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel