Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

"Longest non-stop Al-Quran recital" dicatat dalam Malaysia Book Of Record


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





KUALA NERUS, 22 Mei (Bernama) -- Program Mengaji Tanpa Henti Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mencatat sejarah apabila dicatat dalam Malaysia Book Of Record (MBOR) sebagai “Longest Non-Stop Al-Quran Recital.”

Kejayaan itu tercapai selepas 500 peserta yang terdiri daripada mahasiswa, kanak-kanak, komuniti setempat, orang kelainan upaya (OKU), golongan mualaf serta penuntut antarabangsa berjaya melakukannya selama 123 jam tanpa henti dan lima kali khatam.

Naib Canselor UMT, Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar berkata sepanjang tempoh tersebut, peserta terbabit telah bertadarus dan mentadabbur ayat-ayat suci Al-Quran 24 jam sehari secara bergilir-gilir.

“Program pada tahun ini sangat bermakna kerana ia genap 10 tahun penganjuran yang dimulakan pada 2009. 

“Program ini cuba menerapkan budaya membaca Al-Quran sepanjang masa dan di mana-mana sahaja bukan sahaja di kalangan penuntut UMT malah komuniti luar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Sijil MBOR: Longest Non-Stop Al-Quran Recital di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT di sini petang tadi.

Sijil tersebut disampaikan oleh Eksekutif Akaun MBOR,  Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi kepada Nor Aieni.

Sementara itu, Nor Aieni berkata UMT telah mengagihkan sumbangan zakat kepada 403 asnaf UMT yang memerlukan pada bulan Ramadan tahun ini dimana ia diterima daripada Al-Islah Etiqa Takaful Berhad Etiqa Family bagi meringankan beban mahasiswa dalam membuat persiapan raya. 

"Data UMT menunjukkan 80.2 peratus mahasiswa adalah terdiri daripada keluarga B40. Oleh itu kita amat mengalu-alukan sumbangan zakat daripada agensi korporat untuk membantu mahasiswa yang semakin terbeban dengan pelbagai kos pada masa ini," tambahnya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel