Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bomba Sarawak catat lima kejadian kebakaran rumah panjang, satu kematian sehingga April


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





KUCHING, 22 Mei (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan lima kejadian kebakaran rumah panjang melibatkan satu kematian dan satu kecederaan sejak Januari sehingga April tahun ini.

Pengarah negernya Khirudin Drahman berkata statistik menunjukkan kerugian dianggarkan sebanyak RM5.5 juta, namun JBPM Sarawak berjaya menyelamatkan harta bernilai RM6.2 juta bagi tempoh berkenaan.

“Untuk tempoh yang sama tahun lepas, sebanyak lapan buah rumah panjang terlibat dalam kebakaran melibatkan satu kecederaan.

“Jumlah kerugian pula sebanyak RM12.9 juta manakala harta diselamatkan adalah RM4.8 juta,” katanya pada majlis perasmian Program Kempen Keselamatan Kesedaran Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Gawai dan Aidilfitri 2019 di sini hari ini.

Dalam menjaga keselamatan masyarakat dari bahaya kebakaran, terutamanya pada musim perayaan, beliau berkata rondaan pada waktu puncak, iaitu pada 12.30 tengah hari dan 5 petang diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini di pelbagai premis.

Beliau berkata JBPM juga melakukan pemantauan dan pemeriksaan khas serta mengeluarkan notis kepada pengusaha premis supaya mematuhi peraturan dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Katanya, usaha itu nyata dapat menurunkan kadar panggilan kebakaran dan kecemasan yang berlaku sepanjang musim perayaan di premis seperti dewan perhimpunan, hotel, restoran, pusat membeli belah, pasar raya dan tempat tumpuan orang ramai, katanya.

Beliau berkata faktor yang menyebabkan jumlah kebakaran meningkat pada musim perayaan termasuk tidak melakukan persediaan rapi apabila hendak pulang ke kampung seperti terlupa menutup suis nperalatan elektrik atau tertidur semasa membuat kuih.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel