Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Srikandi agih barangan keperluan asas kepada asnaf, fakir miskin


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengagihkan 70,800 barangan keperluan asas kepada golongan asnaf dan fakir miskin di seluruh negara menerusi Program Sentuhan Kasih Ramadan. 

Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata sumbangan diperoleh hasil tajaan pihak swasta dan persendirian itu akan diagihkan di setiap 191 bahagian dan Parlimen di seluruh negara, termasuk Sabah.

"Ini merupakan khidmat daripada Srikandi untuk pemimpin Srikandi di peringkat Bahagian dan Parlimen dalam mendekati rakyat. Saya serahkan kepada kepimpinan Srikandi di sana untuk memilih mereka yang memerlukan dan kurang berkemampuan.

“Bantuan ini bertujuan meringankan beban golongan tersebut menyambut Aidilfitri kali ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Sentuhan Kasih Ramadan Srikandi Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Pada masa sama, program berkenaan turut dilancarkan serentak di seluruh negara dengan agihan kepada penerima layak dilaksanakan secara berperingkat bermula pagi tadi.

Antara barangan yang diagihkan termasuklah beras, minyak masak, gula, tepung dan kordial dengan nilai setiap pek bantuan dianggarkan berjumlah RM50.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel