Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Banjir kilat: 10 buah rumah di Kg Pulau Meranti dinaiki air


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





CYBERJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Hujan lebat yang melanda Cyberjaya sejak awal petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan sekitar mengalami banjir kilat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata hujan lebat itu turut mengakibatkan 10 buah rumah di Kampung Pulau Meranti, Dengkil bersebelahan Cyberjaya dinaiki air serta beberapa jalan terputus hubungan.

"Hujan lebat bermula kira-kira pukul 2.30 petang itu menyebabkan parit dalaman melimpah ke kawasan rendah yang menyebabkan banjir kilat di kawasan sekitar," katanya ketika dihubungi media.

Namun katanya tiada operasi pemindahan penduduk dilakukan memandangkan air mulai surut pada pukul 4 petang.

"Pihak bomba juga mengambil langkah bersiap sedia jika ada berlaku apa-apa kecemasan," katanya.

Pada masa yang sama, netizen di kawasan sekitar Cyberjaya berkongsi foto di media sosial menunjukkan beberapa kawasan yang dinaiki air antaranya kawasan berdekatan bangunan Masreca dan The Arc.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi hari ini telah mengeluarkan amaran ribut petir hingga pukul 4 petang di kawasan Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan Perak, Pahang dan Terengganu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel