lGi8Pg90-Z0 Jenazah Sultan Ahmad Shah diterbangkan ke Kuantan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jenazah Sultan Ahmad Shah diterbangkan ke Kuantan


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





SUBANG JAYA, 22 Mei (Bernama) -- Jenazah Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah diterbangkan ke Kuantan, Pahang pada kira-kira 6.30 petang menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan TUDM Subang, di sini.

Jenazah yang dibawa menggunakan pesawat A400M turut diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Sultanah Hajah Kalsom serta anggota keluarga kerabat Diraja Pahang

Jenazah Sultan Ahmad Shah yang dijangka tiba di Pangkalan Udara Kuantan akan dibawa ke Istana Abu Bakar di Pekan. 

Turut hadir memberi penghormatan terakhir termasuk Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin.

Terdahulu, Almarhum Sultan Ahmad Shah dikafankan di Istana Negara sebelum dibawa ke Pangkalan TUDM Subang pada 5.40 petang.

Almarhum mangkat pada usia 88 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada 8.50 pagi tadi. 

--  BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel