Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

34 individu ditahan terlibat sindiket judi dalam talian


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





KUCHING, 22 Mei (Bernama) -- Polis menahan 34 individu yang dipercayai anggota sindiket perjudian dalam talian di dua rumah yang berasingan di Jalan Kong Ping dan Jalan Stephen Yong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dennis Leong Soon Kuai berkata kesemua yang ditahan dalam serbuan pada pukul 10.40 pagi itu berumur antara 18 hingga 34 tahun.

Beliau berkata dalam serbuan pertama polis menahan 14 lelaki dan empat wanita, dan pemeriksaan awal mendapati 15 daripada mereka adalah warga Indonesia, manakala selebihnya warga tempatan. 

“Dalam serbuan kedua, polis menahan 12 lelaki dan empat wanita, semuanya warga asing,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dennis berkata dalam sehari, sindiket itu mampu memperolehi wang pertaruhan berjumlah RM800, 000.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak untuk tindakan lanjut, dan polis turut merampas15 buah komputer serta 30 unit telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk mempromosikan aktiviti judi online.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel