38ODPQOwcT8 KPDNHEP rampas barangan palsu bernilai lebih RM27,000
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP rampas barangan palsu bernilai lebih RM27,000


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 579 unit barangan palsu bernilai RM27,570.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Azeem Nazuri berkata, barangan itu dirampas semasa serbuan di dua premis di Bukit Bintang, kira-kira 2 petang semalam.

Beliau berkata barangan itu bernilai kira-kira RM40 hingga RM50 setiap borong.

"kedua-dua premis yang mengambil empat pekerja warga asing didapati menjual pelbagai jenis beg berjenama seperti Louis Vuitton (LV), Gucci, Chanel, Levis, Nike, Adidas dan Puma.

"Keempat-empat pekerja asing warga Bangladesh itu berusia 20 hingga 30 tahun," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Azeem berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan palsu.

"Individu yang melakukan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM10,000 untuk setiap barang atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya jika sabitan," katanya sambil menambah bahawa perintah reman telah dikeluarkan terhadap keempat-empat  mereka di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Beliau juga berkata, mengikut statistik 2019, sehingga 21 Mei, KPDNHEP Kuala Lumpur telah mencatatkan 47 kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 bernilai lebih RM1.6 juta.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel