Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua kapal kargo belayar tanpa jurutera, kapten ditahan


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





LABUAN, 22 Mei (Bernama) -- Dua buah kapal kargo yang belayar tanpa jurutera dan kapten kapal ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan pada Selasa.

Kapal pertama ditahan kira-kira 6.4 batu nautika dari barat Padas bay,di  perairan Beaufort pada jam 8.40 pagi semasa operasi rutin sekitar perairan Labuan dan sekitarnya.

Ketua Penguatkuasaan APMM Labuan, Kapt Maritim Adnan Md Isa, berkata kapal yang dikendalikan oleh seorang rakyat Malaysia berusia 56 tahun bersama dua warga Filipina berumur 37 dan 42 (dengan dokumen perjalanan yang sah) dalam pelayaran sekitar barat Teluk Padas, di perairan Beaufort.

"Apabila diperiksa, pasukan penguatkuasa mendapati kapal tersebut mempunyai anak kapal yang tidak mencukupi di atas kapal, dan gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Bot 1953, “ katanya kepada Bernama dalam satu kenyataan hari ini.

Kegagalan mematuhi Peraturan tersebut boleh dikenakan denda maksimum RM10, 000 atau kompaun sebanyak RM5,000.

Pada hari yang sama di lokasi yang berlainan, kira-kira 7.2 batu nautika dari barat Padas bay, di perairan Beaufort, sebuah lagi kapal kargo ditahan pada 9.30 pagi kerana dikendalikan oleh seorang warga Indonesia berusia 33 tahun, yang namanya tidak tercatat dalam lesen sebagai kapten kapal , dan ini merupakan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Bot 1953.

Che Adnan berkata kapal tersebut bersama empat kru rakyat Malaysia berusia antara 25 dan 54, sedang dalam pelayaran mengangkut air bersih di sekitar perairan Beaufort.

"Siasatan masih dijalankan terhadap kedua-dua kapal," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel