Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PGA Miri rampas rokok, minuman keras seludup bernilai lebih RM800,000


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





MIRI,  22 Mei (Bernama) -- Polis merampas pelbagai jenis rokok serta minuman keras yang dipercayai diseludup masuk ke sini bernilai RM844,181.09 termasuk cukai dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Padang Kerbau Pujut pada pukul 8.30 malam semalam. 

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 12 Miri Supt Tan Hiap Seng berkata barangan seludup itu ditemui disimpan dalam tiga stor di belakang sebuah rumah, dengan 4,290 karton rokok pelbagai jenis serta 274 botol minuman keras ditemui di stor pertama, manakala 13,224 tin minuman keras ditemui dalam stor kedua, dan 1,080 tin minuman keras di stor ketiga. 

"Ini adalah rampasan terbesar di Miri setakat ini dan barangan ini dipercayai diseludup masuk menerusi laut" katanya dalam sidang media di sini hari ini sambil menyatakan nilai barangan dirampas ialah RM164,061.44 manakala nilai cukai tidak dibayar ialah RM680,119.65.

Tan berkata seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang juga penjaga premis itu turut ditahan untuk membantu siasatan mengikut seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

"Rampasan serta suspek akan diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Miri untuk tindakan susulan," tambahnya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel