Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Petugas pelantar minyak Pulai Alfa selamatkan nelayan warga Kemboja


Tarikh kemaskini: 22/05/2019




KEMAMAN, 22 Mei (Bernama) -- Seorang nelayan warga Kemboja yang dilaporkan hilang ditemui selamat kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata mangsa ditemui di sekitar kawasan Pelantar Minyak Pulai Alfa sejauh 138 batu nautika dari Pengkalan Bekalan Kemaman.

"Berdasarkan akuan lisan, mangsa bernama Avir Mat Saha Sakirin berumur lingkungan 29 tahun itu dipercayai warganegara Kemboja yang telah terjatuh dari bot nelayan.

"Tindakan pantas pihak pelantar minyak Pulai Alfa melalui krew mereka telah menyelamatkan mangsa yang masih hidup dan mangsa didaratkan di atas kapal Offshore Jati 8," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mangsa telah diberi penjagaan sewajarnya oleh pihak kapal dan mangsa tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Difahamkan, butiran terperinci mangsa sukar diperoleh kerana mangsa tidak fasih berbahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. 

"Kejadian seumpama ini sering berlaku tanpa diduga, sehubungan itu Maritim Malaysia menyeru orang ramai supaya sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan ketika berada di laut. 

"Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Terengganu di 09-6224357," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel