Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dr Mahathir, isteri rafak sembah takziah kepada Agong


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali merafak sembah takziah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan seluruh anggota keluarga serta kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah, hari ini.

Ucapan itu dizahirkan menerusi satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

"Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," kata kenyataan itu.

Baginda mangkat pada usia 88 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada 8.50 pagi tadi. 

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dalam satu sidang media di Kuantan, Pahang, berkata jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah akan dikafankan di Istana Negara di Kuala Lumpur, sebelum diterbangkan ke Pangkalan Udara Kuantan pada petang ini. 

Sallehuddin berkata jenazah akan dibawa ke Istana Abu Bakar di Pekan dan rakyat yang ingin menziarah dan memberi penghormatan terakhir boleh berbuat demikian bermula malam ini sehingga 9 pagi esok. 

Jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah seterusnya akan dibawa ke Masjid Sultan Ahmad Shah yang terletak bersebelahan Makam Diraja sebelum dimakamkan selepas Zohor esok. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel