Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lapangan terbang Sandakan tingkat operasi penerbangan sempena Aidilfitri


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





SANDAKAN, 22 Mei (Bernama) -- Lapangan Terbang Sandakan meningkatkan operasi penerbangan antara Sandakan dan Kuala Lumpur berikutan jumlah penumpang yang dijangka meningkat sempena musim sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pengurus Malaysia Airport Sdn Bhd Lapangan Terbang Sandakan Suhaimi Abdul Sani berkata syarikat penerbangan yang mengoperasikan laluan itu iaitu Malaysia Airlines dan AirAsia masing-masing membuat penambahan penerbangan ketika musim perayaan itu.

“Malaysia Airlines akan menambah satu penerbangan iaitu dari Sandakan ke Kuala Lumpur pada 9 Jun, di samping penerbangan sedia ada antara dua destinasi itu pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis.

“Manakala AirAsia menyediakan 10 penerbangan tambahan untuk laluan Kuala Lumpur-Sandakan-Kuala Lumpur iaitu pada 31 Mei hingga 4 Jun dan 7-11 Jun, di samping penerbangan harian biasa,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkara itu di sini hari ini.

Selain itu, Suhaimi turut mengumumkan kemudahan baharu di Lapangan Terbang Sandakan untuk keselesaan penumpang seperti dua mesin daftar masuk bagasi automatik (auto bag drop) untuk penerbangan AirAsia, ruang rehat di aras satu bangunan terminal, dua sudut mengecas telefon bimbit (mobile phone charging port) di balai pelepasan dan bilik penyusuan bayi di balai pelepasan.

Beliau menasihatkan penumpang supaya merancang masa untuk berada di lapangan terbang lebih awal, khususnya dalam tempoh dua hari sebelum Aidilfitri, kerana dijangka trafik penumpang akan meningkat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel