Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pekerja am maut, motosikal dilanggar jip


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





TAWAU, 22 Mei (Bernama) -- Selepas 10 jam bertarung nyawa, seorang pekerja am ladang kelapa sawit yang cedera parah dalam kemalangan di Batu 9 Jalan Apas di sini, semalam, meninggal dunia pagi tadi.

Dalam kemalangan 7.40 malam itu, mangsa lelaki, Tasius Tallu, 40, yang menunggang motorsikal Modenas dilanggar jip jenis Toyota Land Cruiser dari arah belakang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Nor Azizulkifli Mansor berkata mangsa disahkan meninggal dunia pada 6.50 pagi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Kemalangan berlaku dipercayai akibat kecuaian pemandu jip lelaki berusia 33 tahun yang mengubah haluan kenderaannya dari lorong kanan ke kiri sehingga terlanggar belakang motosikal mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ketika kejadian, pemandu jip dalam perjalanan dari Batu 10,Bandar Sri Indah menuju ke bandar Tawau manakala mangsa menghala ke Batu 8, Jalan Apas iaitu arah yang sama.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel