Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

13 kes along direkodkan setakat Mei


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





KUCHING, 22 Mei (Bernama) -- Sebanyak 13 kes berhubung salah laku pemberi pinjam wang tanpa lesen atau ‘along’ direkodkan setakat Januari hingga Mei ini yang melibatkan kerugian sejumlah RM100,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata daripada jumlah itu, sembilan individu telah ditahan, enam didakwa dan masih dalam perbicaraan.

“Tiada sesiapa pun berhak melakukan kekerasan atau mengganggu gugat keselamatan orang lain.

“Sekiranya ada peminjam yang dikasari, anda harus berani tampil ke balai berdekatan untuk membuat laporan. Segala maklumat akan dirahsiakan dan keselamatan anda akan dipantau oleh pihak polis,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.

Mustafa berkata semalam, dua lelaki berumur 27 dan 38 tahun yang disyaki along ditahan kerana menimbulkan kekecohan di sebuah restoran.

“Polis kini sedang mencari saki-baki sindiket (along) yang dipercayai bergerak secara berasingan di sekitar bandar raya ini,” katanya.

Kedua-dua suspek kini sedang disoal siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 29A Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Orang awam dinasihatkan untuk mendapatkan pinjaman wang daripada institusi yang sah dan berdaftar serta oleh menghubungi CCID Infoline di talian 013- 211 1222 untuk sebarang pertanyaan atau mempunyai maklumat untuk disalurkan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel