YuJPUS5qEfQ Polis ada petunjuk positif keberadaan Jho Low - KPN Abdul Hamid
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis ada petunjuk positif keberadaan Jho Low - KPN Abdul Hamid


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





PASIR MAS, 22 Mei (Bernama) -- Polis mempunyai petunjuk positif mengenai keberadaan ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau lebih dikenali sebaga Jho Low, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Abdul Hamid berkata polis akan cuba membawa pulang ahli perniagaan kontroversi yang terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu  ke Malaysia dalam masa terdekat kerana 'mempunyai beberapa petunjuk baharu'.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan petunjuk baharu yang dikumpul polis ketika ini berhubung ahli perniagaan tersebut.

"Saya serius ni (ada petunjuk baharu) tapi sabar. Mana dia nak menyorok... tak akan selamat. Kita akan bawa balik Jho Low tak lama lagi kerana semua orang tertunggu-tunggu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan singkat ke sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan di sini, hari ini.

Ditanya adakah Jho Low berada di China, beliau berkata:" saya tak cakap,"

Katanya tindakan yang dilakukan Jho Low telah menyebabkan negara berhutang dengan kadar yang tinggi dan ahli perniagaan itu sepatutnya menerima balasan terhadap perbuatannya.

Beliau turut menyifatkan tindakan ahli perniagaan itu yang sering membuat kenyataan melalui peguamnya dari Macau dan Hong Kong sebagai pengecut.

"Rompakan yang dibuat Jho Low menyebabkan negara berhutang. Bila dia dibawa ke mahkamah Insya-Allah akan keluar segala penipuan yang dia telah lakukan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel