Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penubuhan BAKRIYAH Negeri Sembilan diluluskan ROS minggu lepas


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





SEREMBAN, 22 Mei (Bernama) -- Penubuhan Badan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Wakil Rakyat dan Ketua Jabatan Wanita Kerajaan Negeri Sembilan (BAKRIYAH NS) telah telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) minggu lepas. kata Yang Dipertuanya .Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof.

Beliau yang juga isteri Menteri Besar Negeri Sembilan berkata  BAKRIYAH NS  ditibuhkan sebagai  sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini.

"Walaupun Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan (Barisan Nasional) Negeri Sembilan (PEKERTI NS) masih wujud, itu tidak menjadi masalah bagi kami. Kami (BAKRIYAH NS) akan meneruskan program kami sendiri manakala PERKERTI NS dengan program mereka.

"Kami amat berbesar hati untuk meneruskan program kami yang berbentuk amal kebajikan dan kemasyarakatan. BAKRIYAH NS bergerak seiring dengan kerajaan negeri dan apa yang dikehendaki oleh masyarakat," katanya kepada pemberita selepas melawat murid Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr. Zainudin Mohd. Ali, Pengarah HTJ Dr. Jazari Jamaludin dan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Md. Fiah Md. Jamin.

Mengulas lanjut, beliau berkata keanggotaan BAKRIYAH NS dibuka kepada semua isteri wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) negeri ini dan juga isteri pegawai kanan kerajaan negeri serta wakil rakyat wanita PH dan ketua jabatan wanita kerajaan negeri.

Katanya BAKRIYAH NS kini sedang menyusun dan merancang pelbagai program membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

"Dengan adanya BAKRIYAH NS kita dapat mendekati masyarakat dan membantu mereka yang susah dan mengikut keperluan mereka. Secara tidak langsung BAKRIYAH NS akan menjadi penghubung antara kerajaan negeri dan masyarakat negeri ini. Selain itu, BAKRIYAH NS juga akan dapat merapatkan hubungan antara isteri wakil rakyat PH dan pegawai kanan kerajaan negeri serta wakil rakyat wanita PH dan ketua jabatan wanita kerajaan negeri.

"Saya terpanggil untuk menubuhkan BAKRIYAH NS kerana jika kita tidak turun padang, kita tidak tahu apa masalah yang dihadapi rakyat," katanya.

Ketika berucap pada majlis itu, Wan Hasni berkata dengan penubuhan Sekolah Dalam Hospital (SDH), penyediaan pendidikan yang formal dan berstruktur kepada murid yang menerima rawatan di hospital dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Katanya usaha ini akan dapat terus menyokong dan memberi rangsangan kepada murid agar dapat meneruskan pembelajaran supaya mereka ini tidak tercicir.

"Dengan kata lain, mereka ini tidak akan diabaikan hak mereka untuk terus menerima pendidikan. Dengan itu matlamat Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan untuk melahirkan anak yang bijak lagi cerdik akan dapat direalisasikan," katanya.

Katanya penyediaan guru yang terlatih dalam program SDH menunjukkan keperihatinan kerajaan dalam menangani isu keciciran pembelajaran dikalangan murid yang sedang menerima rawatan di hospital.

Manakala katanya sebagai guru SDH, keperluan emosi pesakit yang menjadi pelajar ini perlulah ditangani dengan sebaik mungkin.

SDP merupakan salah satu prasarana yang memberi peluang pembelajaran kepada para pesakit yang terdiri daripada murid yang berumur di antara 4 tahun hingga 17 tahun.

SDP menjalankan pembelajaran dan pemudahcaraan berstruktur dan sistematik serta menarik berkonsepkan pembelajaran abad ke-21 dan didik hibur.

Terdapat 20 orang murid SDP di HTJ dan pada majlis itu, Wan Hasni turut menyampaikan sumbangan kuih raya dan duit raya kepada pesakit kanak-kanak di Wad Melor 2A dan 2B HTJ.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel