Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan lelaki bantu siasatan kes bunuh


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki ditahan polis di Pangsapuri Sri Raya, Ukay Perdana, Ampang, Selangor, semalam bagi membantu siasatan kes bunuh seorang individu pada 12 Mei lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor,SAC Fadzil Ahmat berkata, suspek ditahan jam 1.30 petang oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (Jenayah Berat) D9 Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Jabatan Siasatan Jenayah (Jenayah Berat) D9 Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di Pangsapuri Sri Raya, Ukay Perdana, Ampang, Selangor.

“Reman telah dipohon terhadap lelaki yang berusia 25 tahun itu di Mahkamah Majistret Ampang pagi tadi dan (reman) dibenarkan selama tujuh hari mulai 22 sehingga 28 Mei ini,” katanya kepada Bernama,” hari ini.

Lebih seminggu lepas, sepasukan polis dari IPD Ampang Jaya menerima maklumat mengenai seorang perunding acara ditemukan mati dengan kesan dengan beberapa kesan tikaman di sebuah apartment di Residensi Bestaria, Dataran Ukay, Ampang Jaya, jam 1 pagi. 

“Kes telah diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat dibawah Sek 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel