Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UniMAP sumbang teknologi solar ceriakan Aidilfitri Semporna


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





SEMPORNA, 22 Mei (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) buat julung kalinya menjangkau ke kepulauan Borneo membawa teknologi solar untuk kegunaan masyarakat setempat menjelang Aidilfitri ini.

Naib Canselornya, Prof Ts Dr R Badlishah Ahmad berkata, teknologi solar tersebut dipasang di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail yang merupakan tempat tumpuan lebih 300 komuniti Kampung Engang - Engang Melanu, di sini.

"Melalui sistem tersebut lampu di kawasan tempat wuduk dan juga tandas dijana sepenuhnya melalui panel solar yang dipasang di atas bumbung bangunan masjid yang mana tenaga elektrik yang dijana pada siang hari akan disimpan dalam bateri dan digunakan pada waktu malam.

"Ini akan memberikan penjimatan dan pemeliharaan alam sekitar melalui penghasilan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui," katanya ketika ditemui media selepas selesai berucap pada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Pulau Bum Bum, di sini hari ini.

Perasmian sistem solar berkenaan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor UniMAP bersempena dengan Ex Perbah 2019 yang berakhir hari ini.

Badlishah berkata UniMAP juga telah menaik taraf sistem pencahayaan di dalam masjid supaya memberi lebih keselesaan kepada jemaah masjid.

Papan informasi mengenai sistem solar tersebut turut dipasang sebagai rujukan supaya masyarakat setempat memahami operasi sistem bekalan tenaga semula jadi itu, jelasnya.

Katanya ini membuktikan UniMAP bukan sahaja menyumbangkan teknologi tetapi turut berlaku perpindahan ilmu yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Dengan sambutan dan bantuan meriah oleh masyarakat setempat, pemasangan sistem solar UniMAP turut dibantu oleh tenaga kerja daripada pihak angkatan tentera Kem 504 Rejimen Askar Wataniah.

Inisiatif tersebut berpaksikan Lonjakan 7 dan Lonjakan 8 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025, UniMAP melalui Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik (PPKSE) melaksanakan program CSR.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel