Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ewon teruskan tradisi berbuka puasa bersama masyarakat Islam di Kadamaian


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





KOTA BELUD, 22 Mei (Bernama) -- Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick meneruskan tradisinya berbuka puasa bersama masyarakat Islam setiap kali tiba bulan Ramadan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian memulakan amalan berbuka puasa itu sejak enam tahun lalu sebelum menjadi wakil rakyat kawasan itu atas keprihatinan dan untuk mengukuhkan ikatan persahabatan yang sedia terjalin diantara masyarakat Islam dan bukan Islam di kawasan berkenaan.

“Saya berterima kasih kepada pengerusi-pengerusi Masjid di kawsan DUN kadamaian atas kesudian menjemput saya berbuka puasa bersama penduduk kampung. Tradisi seumpama ini harus diteruskan untuk mengukuhkan perpaduan, persefahaman dan menerapkan budaya hormat menghormati antara satu sama lain yang berbeza anutan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk kampung di perkarangan Masjid Kampung Tambulion, dekat sini malam tadi.

Ewon turut mengulangi komitmennya untuk  terus membantu menyediakan keperluan di rumah-rumah ibadat termasuk Masjid, Surau dan Gereja di kawasan DUN Kadamaian.

“Saya berharap kerjasama dan kerja berpasukan yang kita amalkan sejak sekian lama di kawasan ini akan terus diperkukuhkan bagi memudahkan kita menyalurkan peruntukan atau bantuan yang diperlukan masyarakat kampung,” katanya.

Pada majlis itu Ewon menyampaikan sumbangan sejumlah RM10,000 iaitu RM5000 untuk membiayai kos baik pulih pondok perkuburan orang Islam di Kampung Tambulion, RM3,000 untuk Tabung Masjid Tambulion dan masing-masing RM1,000 untuk Kelab Kebajikan Kadamaian dan Lembaga Pelawat Hospital Kota Belud.

Sebelum itu, Ewon turut menghadiri Majlis Iftar Ramadhan (Nurul Al-Quran) anjuran Jabatan Kemas dengan kerjasama Badan Dakwah Daerah dan Masjid Kampung Rajunah Kota Belud, di masjid kampung itu.

Pada majlis berbuka puasa di Kampung Rajunah, beliau turut menyampaikan sumbangan sejumlah RM6,000 iaitu masing-masing RM3,000 untuk Tabung Masjid dan Ziarah Kasih.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel