Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penjual perlu prihatin, jangan pentingkan keuntungan semata-mata


Tarikh kemaskini: 21/05/2019





JOHOR BAHRU, 21 Mei (Bernama) -- Penjual perlu lebih prihatin dan tidak mementingkan keuntungan semata-masa terutama pada musim perayaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr S. Ramakrishan berkata pengguna juga dinasihatkan supaya bijak dalam berbelanja dan membuat perbandingan sebelum membuat pembelian.

“Penjual perlu pentingkan hal ehwal pengguna dan jangan ambil banyak untung.

“ Jika pengguna gembira, dia akan beli lebih, kalau harga tinggi pengguna akan kurangkan pembelian,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2019 peringkat negeri di Kip Mart Tampoi, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Mohd Khairul Bohro. 

Menurut Ramakrishnan, terdapat 24 jenis barangan SHMMP dikenal pasti di negeri ini yang berkuat kuasa selama 30 hari, bermula hari ini sehingga 19 Jun.

“Bagi pelaksanaan skim tahun ini, terdapat perubahan barangan berbanding pelaksanaan pada tahun 2018 iaitu ikan segar beku kembung, ikan segar beku selar, ikan segar beku selayang, kacang panjang, kacang tanah.

“Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi Price Catcher bagi membuat perbandingan sepanjang skim ini dijalankan,” katanya.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel