Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua beranak hilang tempat tinggal selepas rumah hangus terbakar


Tarikh kemaskini: 21/05/2019





KUALA TERENGGANU, 21 Mei (Bernama) -- Dua beranak terpaksa mengharungi Ramadan ini dalam keadaan sukar apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Hiliran Jejawi, di sini hangus dalam kebakaran pada kira-kira pukul 2.00 petang ini.

Norhayati Azmi, 27, yang tinggal di rumah itu bersama dengan ibunya Gayah Mohd Amin, 79, tiada di rumah ketika kejadian kerana mereka sedang dalam perjalanan menuju ke bandar Kuala Terengganu ketika itu.

Katanya beliau bersama ibunya baru sahaja keluar dari rumah itu beberapa minit apabila beliau menerima panggilan telefon daripada saudara terdekat yang memberitahu bahawa rumahnya terbakar.

“Saya terus bergegas pulang ke rumah, saya memang tak tahu macam mana boleh terjadi (terbakar), bila saya sampai sahaja di rumah, memang telah seratus peratus terbakar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau yang sedih dengan kejadian itu masih buntu memikirkan kehidupan seterusnya memandangkan beliau adalah ibu tunggal dan tidak bekerja, malah tidak diketahui di mana mereka hendak berteduh selepas ini.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata ??????pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 2.12 petang dan apabila tiba di tempat kejadian, rumah itu telahpun musnah.

Katanya pihak bomba dengan kekuatan seramai 26 anggota mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memadamkan api dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel