Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Marin rampas 70 botol air daun ketum di Tok Bali


Tarikh kemaskini: 21/05/2019




PASIR PUTEH, 21 Mei (Bernama) -- Pasukan Polis Marin Tok Bali Wilayah Tiga Kelantan merampas 70 botol (350 liter) daun ketum  bernilai RM2,100 yang siap diproses dalam serbuan di sebuah rumah kediaman di Tok Bali, di sini petang semalam.

Timbalan Komandernya, Supt Azmi Ahmad berkata dalam serbuan oleh sepasukan anggota polis yang diketuai oleh ASP Nik Ali Nik Mat pada pukul 4.30 petang itu, 40 botol yang diisi dalam bekas botol air mineral ditemui di ruang hadapan rumah manakala selebihnya dalam peti ais.

“Seorang lelaki berumur 41 tahun yang didapati positif dadah jenis  Methamphetamine  yang berada dalam rumah berkenaan ditahan,” katanya pada satu sidang media di Markas Taktikal Polis Marin Tok Bali di sini, hari ini.

Beliau berkata lelaki itu ditahan reman selama empat hari bermula semalam untuk sisatan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, dan menurutnya bekalan daun ketum yang disyaki diperolehi dari Kedah atau Perlis itu diproses dalam rumah berkenaan untuk edaran kepada penagih dadah di sekitar daerah Semerak.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel