Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Remaja hancur lima jari tangan akibat main mercun


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





BESUT, 20 Mei (Bernama) -- Akibat bermain mercun seorang remaja lelaki berusia 13 tahun hilang kelima-lima jari tangan kanannya dalam satu kejadian di Kampung Kubang Ikan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian pada kira-kira pukul 5.30 petang itu, Syafiq Haikal Shaharrudin telah mengalami kecederaan parah di pergelangan tangan dan semua jari tangan kanannya hancur.

"Semasa kejadian ibu mangsa, Zainab Mohd, 40, terdengar letupan dan jeritan dari luar rumahnya sebelum  sepupunya datang memberitahu kejadian yang menimpa anaknya,” katanya ketika dihubungi  Bernama, di sini, malam ini. 

Ibu mangsa telah menghantarnya ke Hospital Besut bagi mendapatkan rawatan.

Mohd Zamri berkata insiden itu merupakan kes pertama mangsa letupan mercun di daerah Besut pada Ramadan tahun ini.

Beliau turut menasihati ibu bapa agar memantau kegiatan anak-anak yang bermain mercun supaya insiden kecederaan akibat mercun setiap kali tiba musim perayaan dapat dicegah. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel