Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Johor sedia balas kad raya rakyat


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





JOHOR BAHRU, 20 Mei (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar  bersedia  mengutus kembali kad ucapan Hari Raya yang diterima daripada rakyat jelata.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim bertitah orang ramai boleh mengirimkan kad ucapan berkenaan ke alamat Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru dan kad yang diterima akan diutus kembali oleh baginda.

"Saya percaya bahawa mengutus kad Hari Raya secara tradisional dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Malah, saya turut membaca banyak komen-komen di laman Facebook rasmi saya yang bertanyakan mengenai kiriman kad Hari Raya daripada saya," titah baginda hari ini.

Pagi tadi, Sultan Ibrahim turut  berkenan menandatangani sebanyak 100 kad ucapan Hari Raya  daripada baginda dan juga Keluarga Diraja Johor di Istana Pasir Pelangi.

Secara lazimnya pada setiap tahun, baginda berkenan menandatangani sendiri setiap kad ucapan Hari Raya yang kemudian disampaikan kepada orang kenamaan, pegawai kerajaan, kakitangan Istana Johor serta orang awam.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel