Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kedudukan Abibullah diketahui sehari dua


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





PONTIAN, 20 Mei (Bernama) -- Keputusan mengenai kedudukan Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) Datuk Abibullah Samsudin, hanya akan diketahui dalam masa sehari dua ini.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Prof Dr Abdul Ghafar Ismail berkata satu siaran akhbar akan dikeluarkan atau sidang akhbar mungkin akan diadakan oleh Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu bagi memperjelaskan isu yang melibatkan pegawai kanan yayasan itu.

“Tunggu sehari dua ini. Insya-Allah... saya tidak boleh menyatakan sehingga siaran akhbar dilakukan atau mungkin lembaga pengarah akan memanggil media sekali lagi untuk menjelaskan keadaan ini,” kata beliau kepada pemberita selepas Program Inspirasi Ramadan YAPEIM peringkat negeri Johor di Masjid Jamek Haji Ahmad Shah, Kampung Rimba Terjun, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kedudukan Abibullah, sama ada masih bertugas atau tidak.

Dua hari lepas, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dilaporkan membuat laporan polis berhubung penularan video seorang lelaki yang didakwa kononnya Abibullah, mempengaruhi kakitangan YAPEIM pada pilihan raya umum lepas.

Ketika ditanya sama ada pihak Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM telah menetapkan tindakan tatatertib ke atas Abibullah, beliau menjelaskan beberapa tindakan telah diambil tetapi bukan tatatertib termasuk pembentukan satu jawatankuasa khas audit dalaman sejak November lepas, bagi menangani isu berkenaan, berdasarkan laporan dari PricewaterhouseCoopers (PWC).

"Kita ahli lembaga pengarah sedia maklum bahawa kakitangan YAPIEM adalah berjawatan tetap jadi segala tindakan haruslah melalui saluran tertentu, proses tertentu termasuk garis panduan yang diikuti.

Dan garis panduan yang diikuti ini harus telus dan jelas supaya kita tidak membuat satu keputusan yang boleh menyebabkan seorang individu itu teraniaya atau mungkin akan disabitkan kesalahan tanpa ada apa-apa bukti," kata Abdul Ghafar.

Terdahulu, program itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel