Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Johor berbuka puasa bersama polis Johor


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





JOHOR BAHRU, 20 Mei (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Polis Kontinjen Johor di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Sultan Ibrahim yang tiba ke majlis berkenaan kira-kira jam 6.50 petang, turut diiringi Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Turut berangkat, Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Ketibaan baginda disambut Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dan Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din.

Hadir sama, suami Tunku Aminah Datuk Dennis Muhammad Abdullah dan  barisan exco kerajaan negeri serta Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut.

Pada majlis berkenaan, Raja Zarith Sofiah turut berkenan untuk menyampaikan sumbangan Ramadan berupa wang tunai kepada 25 balu anggota polis, 25 anak-anak yatim dan 12 pesakit kanser kronik.

Doa berbuka puasa dibacakan oleh Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad.

Sultan Ibrahim kemudiannya berbuka ringkas bersama warga Kontinjen Johor dan menunaikan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Johor, Makhadzir Abdan.

-- BERNAMA

  

 


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel