Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua kontraktor Telekom patah tangan, kaki selepas jatuh menara


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) -- Dua kontraktor Telekom mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika membuat pemasangan menara pencawang Telekom di Jalan Kuala Abai, Kampung Kuala Abai, Kota Belud, petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, mangsa Miandi Ungkaris, 40, dan rakan sekerjanya Selverinus Dami, 28, dilaporkan terjatuh dari menara pencawang Telekom dan tersangkut di ketinggian 30.48 meter dalam kejadian kira-kira 4.30 petang.

Bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada 4.37 petang sebelum sepasukan bomba daripada Balai Bomba Kota Belud bergegas ke lokasi terletak 12 kilometer bersama dua jentera.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan sama iaitu patah tangan kanan dan kaki kanan serta bahagian muka. Mangsa berjaya diturunkan rakan sekerja sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian.

“Ketika bomba tiba, mangsa masih dalam keadaan sedar dan mereka diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut,” kata jabatan itu dalam kenyataan di sini, hari ini.

Operasi tamat pada jam 5.20 petang.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

MB Johor tegaskan Nur Dinie Damia negatif influenza A

 
     

Rangkaian kebab terbesar dunia kini di Ipoh

 
     

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel