Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hubungi E-Idaman jika ada sampah pukal


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





ALOR SETAR, 20 Mei (Bernama) -- Orang ramai diminta menghubungi syarikat pengurusan sisa pepejal E-Idaman Sdn Bhd (E-Idaman) jika mempunyai sampah pukal yang ingin dilupuskan sebelum Aidilfitri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman,  Mhd Saiful Anuar Zainal berkata, tindakan itu akan memudahkan pihak syarikat untuk mengatur jadual bagi memastikan semua sampah pukal di kawasan kediaman dapat diangkat.

"Kami akan buka talian 1-800-88-7472 untuk memudahkan orang ramai hubungi kita dan kita akan atur jadual bagi memudahkan proses mengangkat sampah pukal seperti perabot lama atau apa-apa saja sampah yang besar yang ingin dilupuskan.

 Selain itu kita juga akan melakukan operasi pada malam raya hingga seminggu selepas Aidilfitri demi memastikan tahap kebersihan pada musim perayaan dalam keadaan baik," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa E-Idaman bersama anak-anak yatim di sini, hari ini.

Beliau berkata pada musim perayaan jumlah sisa pepejal meningkat daripada 1,500 tan sehari kepada 1,900 tan sehari.

"Masyarakat diharapkan tidak melakukan pembaziran makanan, melakukan pengasingan sisa pepejal dengan kaedah yang betul dan menggunakan sangkar kitar semula yang disediakan di kawasan perumahan," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel