Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nanas - Tanaman selingan untuk kawasan felda


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





ISKANDAR PUTERI, 20 Mei (Bernama) — Kementerian Pertanian telah mengenal pasti nanas sebagai tanaman selingan yang boleh ditanam bersama dengan kelapa sawit dan getah dalam usaha kerajaan menambah pendapatan tambahan pengusahanya. 

Sehubungan itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, potensi nanas yang dilihat mampu memberikan pulangan lumayan kepada pekebun dan pengusaha menyebabkan nanas dikategorikan sebagai sumber rezeki baharu negara.

Justeru itu, katanya, Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian (Mardi) serta Jabatan Pertanian telah diminta membuat kajian mengenai kesesuaian tanah di kawasan Felda untuk tanaman nanas.

“Kita akan mengkaji  kesesuaian tanah dahulu sebelum memutuskan untuk menanam apa jua tanaman selingan atau ‘cash crop’  yang boleh kita berikan untuk membantu Felda,” katanya kepada pemberita selepas melawat Tuzra Marketing, di sini, hari ini.

Buat masa ini, katanya, pihaknya dalam proses mengenal pasti kawasan-kawasan Felda yang terpilih.           

“Selepas itu, saya rasa sebelum akhir tahun ini, kita sudah boleh buat beberapa projek perintis di beberapa kawasan Felda yang terpilih.

Menurut beliau, potensi nanas sebagai tanaman selingan juga seiring dengan pasaran untuk meningkatkan keluasan tanaman nanas terutamanya jenis MD2.

Beliau berkata berkata tanaman nanas MD2 disasarkan seluas 5,500 hektar pada tahun hadapan berbanding 2,032 hektar pada 2017.          

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel