Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wajib selesai sisa buangan walaupun berpindah - Fuziah


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





KUANTAN, 20 Mei (Bernama) -- Kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas (Malaysia) Sdn Bhd (Lynas) wajib menyelesaikan masalah sisa buangannya di Gebeng di sini, walaupun memindahkan operasinya ke negara lain. 

Pengerusi Pakatan Harapan Pahang Fuziah Salleh berkata Lynas juga perlu bertanggungjawab kepada nasib pekerja mereka dan mematuhi hak yang dijamin di bawah Undang-Undang Buruh jika mereka menamatkan operasi di sini. 

"Lynas wajib menyelesaikan masalah sisa buangan di Gebeng walaupun sekiranya mereka berpindah. Itu adalah tanggungjawab mereka. Keluar dari Malaysia tidak bermakna (mereka) tidak perlu menyelesaikan masalah sisa buangan yang banyak di sini.  

"Mereka boleh keluar (dari Malaysia) tetapi mesti bertanggungjawab ke atas pekerja dan sisa buangan mereka," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Fuziah yang juga Anggota Parlimen Kuantan berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita hari ini, yang melaporkan Lynas Corp telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Blue Line Corp yang berpangkalan di Texas, Amerika Syarikat untuk membina kilang baharu di negara itu. 

Tindakan itu didakwa dibuat berdasarkan perkembangan di Malaysia yang mengarahkan Lynas untuk mengeluarkan sisa buangannya sebelum lesen operasinya yang dijadual tamat pada 2 Sept ini dapat diperbaharui.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel