Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM Pulau Pinang tahan bot langgar syarat lesen


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





GEORGE TOWN, 20 Mei (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B1  kerana menangkap ikan di kawasan Zon A di kedudukan kira-kira dua batu nautika (kira-kira 3.7 km) dari barat Pulau Rimau, dekat sini awal pagi ini.

Pengarah APMM Pulau Pinang Kapten Hamizan Harun berkata dalam kejadian pukul 3.30 pagi, pemilik bot nelayan berkenaan sanggup menunda dalam gelap demi mengaut keuntungan berganda di kawasan larangan sebelum ditahan APMM.

"Hasil pemeriksaan, tiga lelaki masing-masing seorang tekong dan dua awak-awak warga tempatan berusia 26 hingga 34 tahun berada dalam bot itu dan mereka telah melanggar syarat sah lesen," katanya di sini hari ini.

Katanya bot itu bersama satu gulung pukat tunda, dua besi tunda serta hasil tangkapan kira-kira 200 kilogram ikan campur dirampas.

Kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang dari lapan batu nautika (14.8 km) dari daratan terdekat.

 -- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel