Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis rampas daun ketum di Jeli


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





JELI, 20 Mei (Bernama) -- Polis merampas daun ketum seberat 430 kilogram bernilai RM13,000 di Kampung Salor, Batu Melintang dalam satu sekatan jalan raya Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Jeli DSP Ahmad Arifin berkata rampasan terbabit dilakukan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli pada pukul 1.30 tengah hari  selepas menahan kereta yang dinaiki oleh dua suspek berumur 21 dan 30 tahun.

"Hasil pemeriksaan, anggota kami menemui 43 bungkus plastik hitam yang mengandungi 2,133 balutan plastik lut sinar yang dipercayai (daun) ketum.

Anggota kami juga turut menemui satu bungkusan plastik cerah yang berikat dengan gelang getah berisi cecair keperangan disyaki air ketum dan menemui satu botol plastik putih berisi cecair disyaki dadah jenis ubat batuk," katanya pada sidang media di IPD Jeli di sini, hari ini.

Ahmad berkata soal siasat terhadap kedua-dua suspek, mengakui bekalan ketum itu diperoleh dari Kedah untuk dipasarkan di Daerah Machang.

"Suspek hanya mengambil upah RM400 satu perjalanan untuk membawa masuk bekalan itu ke negeri ini. Salah seorang daripada suspek terbabit turut mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu terlibat dengan aktiviti jenayah dan dadah," katanya.

Katanya kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga 22 Mei depan bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, Seksyen 12 (3) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel