fZRwuCDPFNQ PGA9 rampas haiwan seludup bernilai hampir RM1 juta di sempadan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PGA9 rampas haiwan seludup bernilai hampir RM1 juta di sempadan


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





PASIR MAS, 20 Mei (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am Batalion 9 (PGA9) berjaya membuat rampasan sebanyak 235 ekor lembu, kambing (46), biri-biri (38) dan empat ekor kerbau bernilai hampir RM1 juta hanya dalam tempoh 72 jam ditugaskan di sempadan Kelantan-Thailand.

Pegawai Pemerintah PGA9, Supt Ramly Poncho berkata, kebanyakan haiwan ternakan berkenaan dirampas di kandang-kandang milik penduduk tempatan di situ selepas diseludup masuk dari negara jiran.

Beliau berkata biasanya lembu dibawa masuk secara menyeberang sungai dan akan dibawa melalui laluan tikus ke kandang-kandang untuk disimpan.

"Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang semalam, pasukan ini bertindak merampas sejumlah 75 ekor lembu, 46 ekor kambing, 38 ekor biri-biri serta empat ekor kerbau selepas serbuan di Kampung Tok Rusa dekat Kubang Pak Itam, di sini.

"Kita dapati kesemua haiwan berkenaan dibawa masuk secara haram malah pemilik kandang juga mengakui tiada sebarang dokumen untuk menyimpan kesemua haiwan itu," katanya kepada pemberita di Markas Taktikal PGA Lubuk Setol, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebelum ini pasukannya turut merampas sejumlah 37 ekor lembu selepas mengekori dan menahan sebuah lori di Tok Uban, di sini, pada 17 Mei lepas.

Katanya sebanyak 123 ekor lembu lagi berjaya dirampas di sebuah kandang berdekatan Kampung Pulau, Pengkalan Kubor, Tumpat pada 18 Mei.

"Sebenarnya taktik kami adalah dengan mengarahkan anggota supaya sentiasa ‘berkeliaran’ di kawasan masing-masing dan jangan ‘tertidur’ supaya segala perkembangan di situ sentiasa dalam pengetahuan mereka.

"Kesemua anggota ini terutamanya Unit Risikan yang berpakaian awam akan selalu ada untuk memantau ‘kawasan’ masing-masing," katanya.

Jelas Ramly, kesemua haiwan ternakan yang dirampas ini dipercayai untuk bekalan sambutan hari raya tidak lama lagi.

Katanya kesemua ternakan itu akan diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel