Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua ditahan seludup rokok di Masai


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki menyeludup dan menyimpan 2,668 karton rokok seludup menerusi Op Nyah 1 di Masai, Johor, semalam.

Komandan Briged Tengah PGA SAC Abdul Ghani Mohamad Ji berkata kedua-dua lelaki yang masing-masing berusia 50 dan 58 tahun itu ditahan hasil maklumat orang awam.

Beliau berkata pihaknya sebelum itu membuat pemerhatian terhadap kereta jenis Nissan Sylphy yang dinaiki suspek di Jalan Cahaya Baru, Masai dan mengekori kereta itu hingga ke Kampung Baru Kangkar Pulai.

“Ketika di kampung berkenaan, polis melihat dua lelaki itu memunggah kotak berwarna coklat masuk ke dalam kenderaan,” katanya ketika dihubungi.

Abdul Ghani berkata hasil pemeriksaan dalam kenderaan itu, polis menjumpai 200 karton rokok manakala pemeriksaan dalam rumah juga menemui rokok dipercayai rokok seludup yang disimpan di bilik belakang.

Beliau berkata hasil soal siasat kedua-dua suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Taman Cahaya Masai dipercayai turut menjadi lokasi penyimpanan rokok seludup itu.

Abdul Ghani berkata pemeriksaan di rumah berkenaan menemui sejumlah rokok pelbagai jenis disyaki rokok seludup yang disimpan di ruang tamu.

“Polis turut merampas kenderaan dinaiki suspek dengan nilai keseluruhan rampasan dianggar berjumlah RM184,560. Hasil siasatan mendapati, suspek dipercayai membekalkan rokok seludup berkenaan di sekitar Cahaya Baru Masai dan Pontian,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel