Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Johor bayar zakat RM5 juta dan wakaf tanah


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





JOHOR BAHRU, 20 Mei (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan membayar zakat berjumlah RM5 juta bagi tahun ini pada satu majlis ringkas di Istana Pasir Pelangi di sini, hari ini.

Cek pembayaran zakat itu diserahkan oleh Sultan Johor kepada Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot serta disaksikan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Pada majlis sama, Sultan Ibrahim turut berkenan mewakafkan tanah seluas 1,024.487 meter persegi bagi tujuan wakaf surau dan kebajikan agama Islam di Mukim Jemaluang, Mersing.

Kenyataan mengenai penyerahan cek zakat dan wakaf tanah itu dimuatnaik dalam laman Facebook rasmi baginda. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel