Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MPSP bakal dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Seberang Perai


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





BUKIT MERTAJAM, 20 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang akan menjadi satu-satunya negeri di Malaysia yang kesemua Pihak Berkuasa Tempatannya (PBT) bertaraf bandar raya.

Pulau Pinang mempunyai dua PBT iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang memperoleh status majlis bandar raya pada tahun 2015, dikenali sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata Kerajaan Persekutuan telah meluluskan permohonan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf MPSP kepada majlis bandar raya pada minggu lepas.

"Terdapat 155 buah PBT di Malaysia dan 13 daripadanya bertaraf bandar raya. MPSP akan menjadi PBT ke-14 dinaik taraf sebagai majlis bandar raya dan yang pertama selepas pilihan raya umum ke-14," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata pengumuman rasmi berhubung status MPSP sebagai majlis bandar raya akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri setelah semua dokumen siap.

"Kerajaan Negeri perlu membuat keputusan siapa yang akan menjadi Datuk Bandar untuk Majlis Bandaraya Seberang Perai setelah ia disokong," katanya.

Jagdeep berkata warga MPSP mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengekalkan pencapaian sedia ada selepas PBT itu dinaik taraf sebagai bandar raya.

"Ini menjadi satu perkara yang saya ingin tekankan. Rakyat akan mempunyai jangkaan yang lebih tinggi terhadap Majlis Bandaraya Seberang Perai. Proses penyampaian perkhidmatan adalah satu perkara yang dititikberat dan perlu kita tingkatkan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel