Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua lelaki jual mercun di bazar Ramadan ditahan


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





SIK, 20 Mei (Bernama) -- Dua lelaki warga tempatan masing-masing berusia 32 dan 26 tahun ditahan dalam Ops Lejang Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik selepas didapati menjual mercun dan bunga api tanpa permit di Bazar Ramadan Pekan Sik, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sik, DSP Abdull Razak Osman berkata, kedua-dua suspek melakukan kesalahan di bawah Peraturan 74, Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1923 dan telah ditahan mengikut Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah.

“Suspek lelaki berusia 32 tahun yang ketika itu berurusan menjual pelbagai jenis bunga api, ditahan pada pukul 6.45 petang semalam, selepas gagal mengemukakan permit apabila diminta pegawai polis yang bertugas.

“Polis turut merampas 24 bungkusan mercun Dragon, 120 bungkusan mercun Bawang, 12 batang Happy Boom Flower Silver, 12 bungkusan Sparulers, satu bungkusan plastik getah serta satu bungkusan plastik bungkusan, yang dianggarkan bernilai RM200,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya, suspek berusia 26 tahun pula ditahan di lokasi sama kira-kira pukul 7.00 malam selepas gagal mengemukakan permit jualan.

“Antara barangan yang dirampas ialah 67 kotak mercun Pop, 25 batang mercun Glow Of Sunset, 245 batang mercun bunga api, empat batang mercun Happy Boom, dan tiga biji mercun Kon Fountain dianggarkan bernilai RM150.

Abdull Razak berkata, kedua-dua suspek bagaimanapun dibebaskan hari ini dengan jaminan polis dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan (1957).

Dalam pada itu, semalam Bernama melaporkan seorang lelaki berusia 34 tahun cedera parah pada tangan kirinya selepas empat biji mercun bola yang dipegangnya meletup dalam kejadian di Kampung Sungai Semiar, dekat sini, petang kelmarin.

Letupan itu menyebabkan mangsa mengalami luka teruk pada jari manis dan jari kelingking selain tulang jarinya patah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel