Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kementerian Pendidikan mahu penghayatan budaya kaum ditekankan


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





KLUANG, 19 Mei (Bernama) -- Kementerian Pendidikan mahu menekankan lebih penghayatan terhadap silang budaya dan kaum di peringkat sekolah dan universiti agar semangat perpaduan antara pelbagai bangsa dapat terus dipupuk.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata dengan penghayatan melalui pelbagai aktiviti termasuk kurikulum itu masyarakat diyakini akan dapat lebih memahami makna kehidupan bersama.  

“Pada saya yang lebih penting ialah penghayatan. Jadi penghayatan melalui aktiviti kurikulum, aktiviti bersama, itu akan lebih mendekatkan kita.

Kita tidak mahu dari segi teori saja tapi kita mahu dari segi praktikal supaya kita lebih memahami dalam erti kata kehidupan bersama itu sendiri,” katanya selepas merasmikan majlis penyerahan plak Program Bantuan Rumah Harapan di Kampung Parit Haji Hashim di sini, hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Simpang Renggam berkata demikian sebagai mengulas cadangan Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk mewujudkan subjek mempelajari agama lain di institusi pendidikan negara.

Menurutnya, di sekolah, sudah terdapat beberapa subjek yang sememangnya membolehkan pelajar mempelajari tentang agama, kepelbagaian budaya dan sebagainya.

Jumaat lepas, Presiden MBM, Jufitri Joha dilaporkan berkata subjek pendidikan agama Islam yang diajar di sekolah pada masa kini adalah baik, namun ia hanya memberi fokus kepada satu agama tanpa memahami agama lain.

Justeru, melalui cadangan yang dikemukakan pihaknya yakin perpaduan akan dapat dipupuk memandangkan semua pihak dapat memahami sensitiviti penganut agama lain.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel