Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Intipan Unit Risikan Marin tumpaskan seludup keluar petrol


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





SEMPORNA, 19 Mei (Bernama) -- Intipan Unit Risikan Marin daripada Pasukan Polis Marin (PPM) berkaitan penyeludupan minyak petrol ke Filipina membawa kepada penahanan dua lelaki Pala'u serta rampasan 2,570 liter minyak petrol di kawasan laut Pulau Bum Bum semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata penahanan dua lelaki berumur 19 dan 29 tahun serta rampasan minyak itu dilakukan anggota PPM Semporna antara 6.45 petang dan 10.45 malam.

"Di laut Kampung Gusung Melanta, Pulau Bum Bum, seorang juragan dipercayai Pala'u dikesan membawa 1,200 liter minyak petrol yang ditemui dalam ruangan perahunya. Di kawasan sama, seorang lagi juragan turut didapati dalam ruangan perahunya, 870 liter minyak petrol,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Siasatan awal, Mohamad Pajeri berkata kedua-duanya gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah selain mengaku mahu membawa minyak berkenaan ke Sitangkai, Filipina.

"Kedua-duanya juga gagal menunjukkan sebarang dokumen untuk membawa barang kawalan itu daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)," katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya pihaknya turut merampas 500 liter minyak petrol di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Labuan Haji di Pulau Bum Bum.

Menurutnya, kesemua tahanan dan rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya, mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961, dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     

Sultan Nazrin puji Tabung Haji cemerlang urus jemaah di sebalik cabaran

 
     

Jemaah haji perlu jadi duta harumkan nama Malaysia - Sultan Nazrin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel