Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ugut Pengarah Penguatkuasa MPS: Polis buru 'Man Puchong'


Tarikh kemaskini: 19/05/2019





KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) – Polis memburu individu Jafni Abdullah atau dikenali sebagai ‘Man Puchong’ bagi membantu siasatan kes ugutan terhadap seorang pengarah penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata pihaknya sebelum ini telah mengeluarkan arahan supaya individu berkenaan tampil menyerah diri di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi membantu siasatan.

“Tiada sebarang tangkapan terbaru dibuat setakat ini manakala individu lain yang ditahan sudah diambil keterangan. Setakat ini, Man Puchong masih belum tampil untuk membantu siatasan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, pihak polis berjaya menahan lapan lelaki dan dua wanita yang disyaki terbabit dalam kes ugutan tersebut.

Pada 28 April lepas, rumah dan kereta Pengarah Penguat Kuasa MPS di Taman Muhibbah, Rawang itu telah diserang oleh beberapa lelaki.

Dua kenderaan milik mangsa turut disimbah cat berwarna merah selain tong cat berisi paku, besi dan serpihan kertas telah dibakar dengan mercun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 dan 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel